Sabtu, 18 Mac 2017

APA ITU DROPSHIP ?

DROPSHIP

Sekarang ini sesiapa sahaja pernah dengar tentang informasi dropship. Apa itu? mungkin anda tertanya-tanya bagaimana perniagaan dropship itu dijalankan dan mudah ke? 
Mungkin agak janggal bagi mereka yang belum mengetahuinya lagi apakah itu kaedah dropship. Dropship sebenarnya salah satu cabang perniagaan internet cara mudah dan simple.

TANPA MODAL
Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes,mereka pasti mahu bisness yang meminimakan modal. Dropship ini adalah salah satu cara bisnes tanpa modal! Menarik kan?  Jana keuntungan tanpa modal adalah sesuatu yang tidak mustahil jika kena pada caranya.

KAEDAH DROPSHIP
Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent. Menarik bukan?





1. Promot produk di mana-mana sahaja (yang sesuai)

2. Pembeli membeli produk tersebut dengan anda

3. Pembeli bayar anda dengan harga pasaran

4. Anda sebagai agent/orang tengah membayar pembekal/supplier dengan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran/harga agent.

5.  Pembekal akan menghantar produk tersebut pada pelanggan anda.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan